Surah At-Taubah Ayat 6








Terjemahan Ayat:Dan jika seseorang dari kaum musyrik meminta perlindungan kepadamu (untuk memahami Islam), maka berilah perlindungan kepadanya sehingga ia sempat mendengar keterangan-keterangan Allah (tentang hakikat Islam itu), kemudian hantarlah dia ke mana-mana tempat yang ia beroleh aman. Perintah yang tersebut ialah kerana mereka itu kaum yang tidak mengetahui (hakikat Islam). 


Huraian Ayat:
Allah SWT telah memerintahkan Nabi Muhammad SAW agar memberi perlindungan kepada kaum musyrikin yang berminat memahami Islam dan menghantar mereka ke mana-mana tempat yang aman selepas mendengar serta memahami keterangan-keterangan Allah tentang Islam. Ini bertujuan memberi perlindungan kepada golongan yang tidak mengetahui hakikat Islam.

Maksud Memberi "Pertolongan"
  • Memberi penerangan tentang Islam secara meluas/ mengajar asas-asas Islam (hadiri kelas fardhu ain.
  • Menunjukkan contoh serta teladan yang baik kepada mereka.
  • Memberi sokongan moral dan material (jika mampu)






Strategi Berdakwah

Comments

Popular posts from this blog

Pengajaran Ayat

Kesan Peperangan