Strategi Berdakwah
Maksud Dakwah
Mengajak manusia dengan cara yang bijaksanan kepada jalan yang benar, sesuai dengan perintah Allah SWT untuk melaksanakan yang makruf dan mencegajh kemungkaran.
Ciri-ciri yang ada pada seseorang Pendakwah
- Iman yang teguh
- Ilmu yang luas dalam pelbagai bidang
- Akhlak mulia untuk dicontohi
- Sabar dan tabah menempuh ujian dan tekanan
- Berani menegakkan kebenaran
- Ikhlas dalam perjuangan/ (tidak mengharapkan upah atau pujian)
- Tidak mementingkan diri
- Sentiasa bersiap sedia berjihad (semangat jihad yang tinggi)
Antara kaedah yang boleh diamalkan oleh orang Islam:
A. Mengamalkan akhlak mulia yang dianjurkan oleh Islam dalam perhubungan dan pergaulan (tidak bertindak kasar)B. Membuktikan kepada orang bukan Islam bahawa Islam adalah kedamaian dan harmoni.
C. Menggunakan teknologi modern dalam menyampaikan dakwah, contohnya media elektronik dan media cetak untuk menyempaikan mesej dakwah.
D. Mengadakan sesi perbincangan dengan baik untuk menjelaskan tentang ajaran Islam yang sebenar.
Secara ringkasnya dakwah boleh dilakukan melalui:
Lisan - Dengan kata-kata: Cara ucapan, ajakan, penerangan, penjelasan
Kitab - Dengan penulisan: Cara menulis, novel, esei dan sebagainya mengunakan perkataan yang baik.
Hal - Dengan keadaan: Menyesuaikan dakwah dengan keadaan Islam seperti cara beribadat, berpakaian dan bertutur.
Comments
Post a Comment