Posts

Showing posts from February, 2020

Surah At-Taubah Ayat 6

Image
Terjemahan Ayat: Dan jika seseorang dari kaum musyrik meminta perlindungan kepadamu (untuk memahami Islam), maka berilah perlindungan kepadanya sehingga ia sempat mendengar keterangan-keterangan Allah (tentang hakikat Islam itu), kemudian hantarlah dia ke mana-mana tempat yang ia beroleh aman. Perintah yang tersebut ialah kerana mereka itu kaum yang tidak mengetahui (hakikat Islam).  Huraian Ayat: Allah SWT telah memerintahkan Nabi Muhammad SAW agar memberi perlindungan kepada kaum musyrikin yang berminat memahami Islam dan menghantar mereka ke mana-mana tempat yang aman selepas mendengar serta memahami keterangan-keterangan Allah tentang Islam. Ini bertujuan memberi perlindungan kepada golongan yang tidak mengetahui hakikat Islam. Maksud Memberi "Pertolongan" Memberi penerangan tentang Islam secara meluas/ mengajar asas-asas Islam (hadiri kelas fardhu ain. Menunjukkan contoh serta teladan yang baik kepada mereka. Memberi sokongan moral dan material ...

Kepentingan Memberi Layanan Baik Kepada Bukan Islam

Image
A. Menarik perhatian mereka supaya mendekati dan memahami Islam B. Supaya mereka dapat melihat keindahan ajaran Islam  C. Umat Islam menjadi contoh dan teladan kepada umat lain. D. Menjadi medium untuk menyebarkan Islam kepada mereka.

Strategi Berdakwah

Image
Dakwah hari ini perlu mengfokuskan kepada perkara yang dapat mengurangkan prejudis masyarakat bukan Islam terhadap agama Islam yang suci, mempamerkan keindahan dan kecantikan Islam dan menarik perhatian bukan Islam untuk memeluk Islam. Maksud Dakwah Mengajak manusia dengan cara yang bijaksanan kepada jalan yang benar, sesuai dengan perintah Allah SWT untuk melaksanakan yang makruf dan mencegajh kemungkaran. Ciri-ciri yang ada pada seseorang Pendakwah - Iman yang teguh - Ilmu yang luas dalam pelbagai bidang - Akhlak mulia untuk dicontohi - Sabar dan tabah menempuh ujian dan tekanan - Berani menegakkan kebenaran - Ikhlas dalam perjuangan/ (tidak mengharapkan upah atau pujian) - Tidak mementingkan diri - Sentiasa bersiap sedia berjihad (semangat jihad yang tinggi) Antara kaedah yang boleh diamalkan oleh orang Islam: A . Mengamalkan akhlak mulia yang dianjurkan oleh Islam dalam perhubungan dan pergaulan (tidak bertindak kasar) B. Membuktikan kepada orang bu...

Kesan Peperangan

Image
Islam tidak menggalakkan peperangan. Sebolehnya ia perlu dielakkan kerana berlaku lebih banyak keburukan samaada dipihak yang menang atau kalah. Kesannya peperangan terhadap negara: A. Berlaku banyak kehilangan nyawa rakyat yang tidak berdosa B. Kemusnahan harta benda terutamanya tinggalan tamadun silam C. Prasarana pendidikan tidak dapat disediakan dengan sempurna D. Kekuatan barisan pertahanan negara berkurang E. Ekonomi hancur dan mengambil masa yang lama untuk pulih F. Kemajuan dan pembangunan negara tidak dapat dibina dan dilaksana dengan baik

Kebaikan Kedamaian

Image
Tujuan Allah SWT menggalakkan perdamaian ialah; - Menunjukkan Islam mementingkan kedamaian dan keamanan - Menggambarkan Keindahan dan kenaikan ajaran Islam - Menunjukkan Islam mementingkan perpaduan dikalangan umat manusia. Kesan Kedamaian: 1. Rakyat hidup dengan selesa (tanpa ketakutan) 2. Kerajaan tertumpu kearah pembangunan Negara. 3. Ekonomi semakin kukuh. 4. Proses pendidikan berjalan lancar. 5. Proses dakwah mudah dikembangkan. 6. Negara dihormati diperingkat Antarabangsa.

Pengajaran Ayat

Image
Banyak yang boleh difahami melalui Surah At Taubah Ayat 6 ini. Antaranya: 1. Islam mewajibkan kita memberi perlindungan kepada orang bukan islam untuk menyampaikan ajaran islam kepada mereka. 2. Kita wajib mengekalkan keamanan yang sedang dinikmati sekarang 3. Umat islam wajib menunjukkan teladan yang baik kepada orang bukan islam 4. Memberi kemaafan adalah satu sikap yang dituntut oleh islam.